Pertama kali ibu mengenali insan bernama Zinnirah hanya melalui lagu nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid UNIC.Masa tu ibu di alam kampus nun jauh di utara malaysia.Bait-bait senikata lagu nasyid tersebut begitu menarik perhatian ibu.Ibu mula survey di internet untuk kenal siapa Zinnirah tokoh wanita islam yang disebutkan itu.Baru ibu sedar betapa agungnya cinta Zinnirah terhadap Pencintanya.
Wanita mithali ini bukanlah terkenal
kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki
kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar
al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang
menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa
dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi
hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun
tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang &
hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.
Zinnirah, begitulah indah namanya,
mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya
kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di
dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun,
Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.
Dunia dan segala isinya bukan lagi
matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan
menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam,
Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam
penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas
daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan.
Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan
dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga
yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.
Pada peringkat awal, Zinnirah cuba
menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia
melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah
malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan
solehahnya dapat dicium oleh musuh.
Sudah tentu org yang paling marah ialah
tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar
al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang,
tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar
Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kaki tangan Zinnirah. Kemudian,
dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang
dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu
sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001
macam penyeksaan yang diterimanya.
Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih
mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah,
Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya
berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk
mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang
menjadi penawar utknya.
Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh
Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah
seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku
dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan.
Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan.
Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa
shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku
ini.
Ternyata doa org teraniaya ini makbul.
Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui
adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong
Khulafa Arrasyidin.Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang
bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar kpd pemurah,tidak berhati perut
kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.
Kembali kepada Zinnirah, walaupun
matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima
cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir.
Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba
mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima
laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.
Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya
kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia
cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripada
Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya
seperti biasa.
Berlakulah sedikit kekecohan, org-org
Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah
berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.
Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak
daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak
ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata,
kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T
menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat
seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah
pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya.
Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah
dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada
menjadi penindasan org-org kafir.
Di antara sifat wanita yang solehah ini,
dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan
saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar,
segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha
Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai
nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".
Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu
juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada
kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh
Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.
Marilah kita berazam dengan membulatkan
sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat
petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah
hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah
hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....
0 ulasan:
Catat Ulasan