Ibu memang mengikuti drama Warkah Cinta di TV Alhijrah setiap hari selasa hingga khamis pada pukul 8.30 mlm. Rakan seangkatan ibu hebat layan tengok Adam & Hawa di Astro, sampai yang fanatik sanggup download melalui internet.Nak tgk episod selanjut nyer xsabar nak tahu jalan cerita.Kedua-duanya punyai persamaan iaitu cerita yang diadaptasikan daripada novel. Tapi Warkah Cinta ni lebih kepada cinta remaja islamik. Perasaan cinta remaja yang mencari cinta yang sejati. Bila tengok cerita ni teringat zaman remaja ibu.
Memang tidak dinafikan, cinta itu fitrah.Tetapi kita sebagai manusia yang dianugerahkan akal oleh Allah SWT harus tahu batas mencari cinta yang sebenar. Remaja memang xdapat lari daripada perasaan cinta. Perubahan hormon dari alam kanak-kanak ke alam remaja membuatkan cinta itu mengasyikan. Di sini peranan ibubapa itu penting untuk mengawal gelojak cinta remaja. Lagu-lagu berunsur cinta remaja ini menambahkan lagi bunga-bunga cinta di hati remaja. Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fenomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan.Inikah cinta yang di cari?
Apa yang kita fahami tentang erti cinta? Jika kita tanyakan persoalan
ini kepada para remaja yang sedang hangat bercinta, pelbagai jawapan
yang akan diperolehi. Di antara jawapan itu mungkin ada yang berkata:
Cinta adalah kasih sayang, cinta adalah buta, cinta adalah
rindu-rinduan, cinta adalah tempat meluahkan perasaan dan pelbagai
jawapan lagi. Ini hanyalah jawapan pada tanggapan mereka sahaja bahawa
cinta bermaksud sedemikian. Betulkah maksud cinta seperti yang para
remaja itu fahami?
0 ulasan:
Catat Ulasan